[VIDEO] Dipukul dan disimbah air panas, remaja OKU dipercayai didera ibu, abang kandung


ARAU: Seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) lembam berusia 14 tahun dipercayai melalui derita yang berpanjangan, selepas menjadi mangsa dera ibu dan abang kandungnya.
Mangsa ditemui dengan kesan luka baru dan lama, di kediaman mereka di Kampung Gial Tengah, Mata Ayer, Perlis.
Perbuatan ibunya yang berumur 40 tahun dan abang, 15 tahun, itu terbongkar selepas pendedahan yang dimuat naik seorang pengguna Twitter pada Jumaat.
Muat naik itu antara lain mendakwa, remaja perempuan itu sering dipukul ibunya selain turut dibiarkan tidur keseorangan di luar rumah.

Dalam video berdurasi 45 saat yang dimuat naik pengguna Twitter itu turut menyebut, remaja itu dipukul dengan buluh, disimbah dengan air panas termasuk anggota badannya dikepit dengan playar.


VIDEO


Hantaran yang mendapat lebih 179,000 tontonan dan lebih 20,000 ulang kicau itu, turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, polis bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ke rumah terbabit pada pagi Sabtu untuk menyelamatkan mangsa.
Hasil rakaman percakapan awal, mangsa mengaku telah dipukul ibu dan abangnya namun polis masih menunggu pengesahan dari hospital bila perlakukan kejam itu berlaku. 
Menurut polis, terdapat kesan kecederaan lama pada bahagian belakang badan dan pergelangan tangan kiri mangsa selain satu kesan luka baharu di bahagian belakang leher.

Setakat ini, ibu dan abang mangsa sudah dipanggil polis untuk diberi keterangan. Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"mak rajin buat kami. Kalau adik buat salah, adik tuduh kami. Sebab tu mak suruh duk kat luar"

Post a Comment

0 Comments