[VIDEO] ‘Abe’ Salah Faham Ini – Video Guru Kena Serang Di Sekolah

Video seorang guru dimarahi dan dimaki oleh dua orang lelaki viral di media sosial dan aplikasi whatsapp sejak malam ini. Menerusi video berdurasi 3 minit itu, lelaki berbaju hitam beberapa kali mengajak guru tersebut keluar daripada kawasan sekolah bagi menyelesaikan perkara ini.
Lelaki terbabit didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan guru tersebut yang dipercayai mengeluarkan perkataan kurang enak kepada isterinya namun ianya dinafikan guru berkenaan. Suasana semakin tegang apabila individu berbaju hitam bersama seorang lagi rakannya berterusan melakukan provokasi dan hampir menyebabkan pergaduhan.

Pada masa yang sama, individu yang dipercayai saudara kepada salah seorang pelajar sekolah terbabit tidak berpuas hati dengan tindakan anak saudaranya yang dikenakan tindakan gantung sekolah dan tidak dimaklumkan perkara itu.
Menurut laporan Harian Metro, kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Gunung, Bachok namun hasil semakan bersama Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata setakat ini, pihaknya tidak mendapat laporan berhubung kejadian itu.
Sehingga kini, video tersebut mendapat hampir 3 ribu perkongsian di Facebook. Rata-rata pengguna Facebook menyelar tindakan menyerang guru tersebut.

Post a Comment

0 Comments