Bagi anda penggemar minuman teh boba dan durian, ini peluang terbaik untuk anda. Tealive bakal perkenalkan minuman baharu berperisa durian.
Bukan sahaja tampil dengan minuman baharu, tetapi turut menawarkan diskaun sebanyak 50% untuk minuman tersebut. Promosi ini tersedia dari 15 Julai hingga 31 Ogos 2019 ini.
66815081_420138652046571_4018041716152991744_n
Akan tetapi, promosi ini hanya sah dengan menggunakan aplikasi eWallet Touch ‘n Go dan terhad untuk satu minuman dalam satu transaksi. Malangnya, promosi ini terhad kepada 150,000 cawan pertama untuk minuman Duriang Ria di semua cawangan yang terlibat.
Adalah diingatkan bahawa promosi ini tersedia di semua cawangan Tealive seluruh dunia kecuali AEON Delica Foodcourts, Maxvalu dan cawangan MAPS. Jika anda bukan pengguna eWallet Touch ‘n Go, ini masanya untuk anda mendaftar dan menggunakan aplikasi tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post