Tak Sengaja Ambil Gambar ‘Bersama’ Di Majlis Kahwin, Akhirnya Pasangan Ini Ke Jinjang Pelamin!


Siapa sangka pertemuan tanpa sengaja di sebuah majlis perkahwinan orang lain akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Itulah yang terjadi kepada Azlan Haziq dan Alia Syazwani yang mengejutkan orang ramai baru-baru ini, apabila mereka berdua telah sah menjadi suami isteri. Tahniah!

Cantik betul beg maroon tu!


Menerusi Twitter Afiq Musa, Alia pernah menjadi tumpuan ramai dek kerana sekeping foto yang dikongsikan oleh seorang jurufoto perkahwinan. Jika melihat kapsyen posting tersebut, rata-rata netizen memuji beg tangan berona merah yang dibawa oleh dulang boy bernama Azlan Haziq itu.

We got married

Namun begitu, kecantikan rupa Alia seolah-olah menjadi tumpuan utama dan berjaya memukau mata netizen yang melihatnya. Tidak sampai setahun, wanita tersebut mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin dengan dulang boy yang turut ada dalam gambar viralnya sebelum ini.

100 majlis kahwin dah pergi tapi tak jumpa

Rata-rata netizen meninggalkan retweet yang melucukan apabila mereka menyatakan bahawa jodoh mereka masih belum tiba walaupun mereka sering berkunjung ke majlis perkahwinan.

Post a Comment

0 Comments