Tak Sampai RM600, Wanita Kongsi Itinerari Lengkap Ke Danau Toba. Bagai Syurga Dunia!


Siapa cakap perlu bajet tinggi untuk ke luar negara? Seorang wanita yang dikenali sebagai Azu Azz kongsi pengalaman bercuti bersama suaminya ke Lake Toba, Indonesia dengan bajet tak sampai RM600 seorang. Apa yang menariknya gambar dikongsikan seolah-olah berada di syurga dunia, macam tak percaya. Cantik betul! Ini ke syurga dunia?

4 hari 3 malam Lake Toba

Trip ke Lake Toba, Indonesia
Semua pasti teruja bila melihat dengan mata kepala sendiri, berdiri ketika matahari sedang sunrise atau sunset, ketika berdiri di atas puncak bukit, dan menikmati pemandangan itu dengan penuh kesyukuran. Tetapi kebanyakkan view seperti itu hanya boleh di dapati apabila kita berada di negara-negara yang cantik & jauh, sepetri australia atau new zealand contohnya. Namun, harapan akan tinggal harapan apabila kos yang terlibat, sangat tinggi serta memerlukan cuti yang panjang untuk ke sana. ok, now, kami nak share trip & kos untuk Sumatera Utara, atau lebih spesifik, di Danau Toba (Lake Toba) Indonesia untuk 4 hari 3 malam.
Return Ticket Air Asia utk 2 orang RM212
Luggage – 7kg per person – backpack.
Meals in flight – short distance flight, breakfast siap2 kt airport
Flight time – 1 jam macam tu

Hari Pertama

Landing kat Silangit Airport, kira kira 2 jam dari Bandar Parapat.
Tiada bas dari airport ke Parapat, yang ada hanyalah angkut-angkut atau avanza share dgn orang lain. Kos lebih kurang RP100k / pax, atau RP400k/kereta. In between boleh singgah di town berdekatan pantai bul bul, utk beli sim card. 6.5giga hanya RP65k
Continue journey to Parapat, terus tuju ke jetty tiga raja, nak kejar boat ke Tuk Tuk, Samosir Island. Boat penumpang setiap sejam sekali, so kitorang sampai pkl 130ptg, boat baru jalan. Next one pkl 230ptg, so kitorang ada 1 jam utk jalan2 kat situ. Ada banyak rumah makan muslim kt jetty tiga raja. Lunch dlm RP2500/lauk. so belasah la apa yg ada, lapar weh. Boat penumpang RP20k/pax, kalau baca review / blog orang, ada yg RP15k/pax, senang cite, ikut mood tekong boat & tukang jaga tu, hampeh haha.
First night kitorang check in kt Toba Village Hotel, around 450k/night. Yang ni booking tru bookin.com, cuma 1 malam ja, 2 malam lagi kita walk in saja sebab banyak je option bilik yang x di advertise. bilik best, tp view x dpt yg facing tasik, cuma facing mountain. ok la. wifi ada. not bad.
Lepas dah setel down, terus kitorang sewa motor. motor kt sini, rent kalau per hour dlm RP30k, tp kalau sewa sehari or 8jam, dlm RP120k, including minyak motor penuh. xyah pakai helmet, selamba pusing 1 pulau. xperlu ada lesen international pun (tp kami ada la) xde orang check, polis pun buat xtau. senang cite, mmg sempoi ah.

Pemandangan cantik tasik

Masa tu kitorang cari Bukit Beta, sebab boleh tengok view dari atas and facing the lake & mountain. sekali hujan pulak. terus kitorang lepak kejap kt 1 cafe, ELTona, nice jugak. Sebelum pekan Tomok, pekan ni actually jetty yang besar untuk ke Ajibata / Tiga Raja. Kitorang belasah lepak kat situ sampai hujan dah slow down. Makan kaw2 kenyang, sebab tak boleh tahan tengok risoles , roti bakar nutella, jus alpokat dgn mocha coffee, terus belasah semua. Cafe ni Halal. Kos dalam RP93K.
Then kitorang continue cari next stop, Bukit Tanjungan. Masa tu bajet nak cari sunset, cari punya cari, dah 15 min naik motor, tak jumpa simpang masuk. Masa tu dah start gelap, makin sejuk pulak. Terus kitorang decide patah balik, esok jer la cari Bukit Tanjungan ni.
Danau Toba ni sejuk, boleh katakan semua bilik / hotel xda aircond/kipas. Bila malam, mmg tido tu sedap la, ala2 cameron. Awal pagi tu gigil bro!
Kos Day 1
Angkut2 dari Silangit Airport ke Parapat -200k
Sim card – 65k
Lunch – 28k
Boat Penumpang – 40k
Bilik Hotel – 450k
Speda Motor (motor) – 120k
Dinner – 93k
Total = 996k @ RM294 (RM1= RP3388)

Hari Kedua

Awal pagi dah bangun, subuh pukul 508pagi, pkl 6 pagi start dah sunrise. Lepas dah shoot kat area hotel, breakfast, then kitorang terus rent speda motor lagi utk hari kedua. kitorang start keluar pukul 930pg, target nak cari highest point utk shoot view lake toba dari atas bukit.
Dari map, kitorang plotkan kt Menara Tele, the highest point to reach by speda motor. Distance boleh tahan, tp since kitorang start trip tu dari pagi, so best la layan angin sepoi2 bahasa, and stop banyak point yang menarik in between the road. target point to go is bandar pangururan. dari bandar ni, boleh pg efrata waterfall, sipoholan hot springs, menara tele, pusuk buhit, bukit hollbung. sejuk sepanjang perjalanan ni, weather nice, tp sebab sedap layan sejuk, sampai tak igt matahari dah rilex je bakar kulit muka, tangan, haha, dah tak pasal2 berbelang tangan. leher, muka, tangan semua jadi wakanda.
Masa naik menara tele tu, kawasan ya rabbi lawa, jalan pun cantik, view kiri kanan, pergh xtau nak cakap apa, rasa mcm kt swiss pun ada, rasa mcm kt hokkaido time spring pun ada. tak rasa mcm kt indonesia lah senang cite. kitorang byk kali stop, kejap2 berenti shoot gambar kat menara tele, kalau naik sikit dlm 500meter lg, ada kawasan lepak kt tikungan (selekoh), siap ada pondok atas pokok, view sini paling best. epik habis.

Air terjun terbaik

Then lepas dah layan view, turun balik kt menara tele, ada 1 rumah makan, dlm glasshouse. dia punya ayam penyet, ya rabbi sedap (maybe masa ni tengah lapar, duk merempit dari pagi kan..) indomee nye pun sedapp. view, memang nice. Paling best, makanan halal. masa kitorang makan, xde orang lain, budak yang jaga tu, duk jaga kitorang. rasa VIP habis bro. Lepas dah layan view, kitorang start turun, sampai lah kt simpang kiri ke bandar pangururan, and kanan ke efrata waterfall & bukit hollbung.
Kat situ ada tempat isi minyak, 1 botol lebih kurang RP10k. Kitorang isi sbb cuak takut masuk dlm area kampung ke bukit hollbung tu, takde spot untuk top up minyak. Masa on the way ke hollbung, bila turun je first selekoh, view cantik yang amat, sawah padi, berlatar belakangkan gunung, ada 3 rumah colorfull kt tengah-tengah sawah padi, kaler merah kuning biru. kitorang sampai terkesima, nak berenti ke nak on jalan terus ke nak stop. haha, last2 continue terus sebab takut nanti tak puas layan bukit hollbung.

Bukit Hollbung

Sepanjang laluan tu, akan lalu perkampungan, sekolah, puskesmas, kedai2 kampung, then ada simpang ke efrata waterfall. orang lokal panggil aek terjunan gajah. sebab air terjun dia mengembang mcm telinga gajah, dan kaler kemerah merahan. walaweh. dengar pun dah teruja. Tapi kitorang proceed ke bukit hollbung, dengan alasan, nak layan view puas2 kt sana. so kitorang teruskan perjalanan lagi, kali ni lalu kawasan kampung yg kebanyakkan nya muslim. ada 1 masjid.
Kitorang singgan masa on the way balik, siap sapu lantai kt depan tu, rasa bapak tenang kt area situ, hijau sekeliling, bukit bukau, sejuk dingin, rasa tenang sgt…. air fuh sejuk yg amat masa nak amek wudhuk. terus rasa fresh oit. Ok sambung balik, jalan dari bawah nak ke atas tu, kalau tengok dari bawak, fuh, goyang brader. naik mencanak. Boleh ke moto kitorang ni naik…haha, tapi serious, selamba ah dah belasah bayar sewa, kitorang push jugak. fuh, lepas naik. jalan steady je, cuma sebab clear nampak dr bawah, xde pokok2 sekeliling tu, tu yg cuak. tp overall ok. cantik gile ah view. dah mcm kt temata peak, north new zealand.
Serious ah tak tipu. view dari puncak bukit hollbung, boleh nampak part of lake toba, bandar pangururan, kecamatan harian, pastu hijau sekeliling, siap ada rumput lagi kiri kanan. tu belah kiri, toleh je belah kanan, nampak perkampungan, betul-betul kt tengah valley, kiri kanan semua bukit. Macam lukisan memang masa ni, duk rilek feel sekeliling layan view. tobat ah rasa best.
Hilang penat naik moto jalan berlubang-lubang, bila tengok view depan mata. mmg dari kl lg kitorang dah aim nak pg bukit hollbung ni. view dia lain sikit dari menara tele, sebab boleh tengok view tu 100%, takde pokok, angin tiup direct ke muka. Kau selfie lah 8juta kali, pun tak puas, biar view sama haha. tapi matahari makin menggigit kulit, terus gerak turun bukit hollbung. on the way balik tu, kitorang singgah kt sipoholan hot spring.

Pusing-pusing situ

Banyak tempat boleh singgah n main air panas ni ala2 pamukale kt turki, tp kena bayar, ada yg RP5k, ada yg RP10k, ada yg asal minum / makan kt tmpt dorang, main air panas free. kitorang amek port yg paling tinggi, lepak order air n main air panas free. sambil layan view pulau samosir dari warkop (warung kopi), fuh, best ah. Then kitorang gerak pulang, sebab mcm dah petang, dah pkl 430 ptg, takut nanti jalan gelap n kang bawak moto masuk lubang tak pasal-pasal kena pijak dengan kerbau haha (ni klentong, haha).
Malam tu kitorang decide tukar hotel, cari tempat yg betul2 menghadap tasik. round punya round kt bandar tuk tuk, ada 1 ala2 hotel 2 bintang la, betul2 mengadap tasik, tingkat 3, kira penthouse la, ngadap bukit, tasik, and nampak hotel yg kitorang stay malam pertama tu, nampak bukit beta, jetty tomok, and nampak sipi2 bukit tanjungan, kos dlm RP300k. bawah hotel ada rumah makan muslim. Restoren Mapir. tenang hidup senang makan lol.
Kos Day 2
Rent speda motor – RP120k
Lunch Menara Tele – RP80k
Isi Benzin – RP20k (2 liter)
Bukit Hollbung – RP15k (sbb bayar parking moto, jilake betul kena pow haha)
Minum kopi & jus nenas kt warkop tempat air panas sipoholan RP35k
Check in Mapir Hotel RP300k
Dinner Rumah Makan Muslim Mapir RP80k
Total = RP 650k @ RM191

Hari ketiga

Pagi2 lagi kitorang dah check out and gerak ke jetty dekat2 area hotel, jetty ni utk bot penumpang ke jetty tiga raja kt parapat. pkl 8am, bot dah sampai, tiket RP15k/pax. Sampai parapat, kitorang terus check in hotel pandu lakeside parapat, sbb view cantik, and dekat dgn souvinier shop. masa check in, baru pkl 930am, (ye 930am, terus boleh check in, tu yg best, tak payah nak tunggu pkl 1200 tgh hari). kitorang letak beg and order makanan. sambil mengadap laut, masa tu baru decide nak pegi sipiso piso waterfall.
Agak jauh, tapi rugi kalau tak pagi, sebab air terjun ni yang tertinggi di indonesia, and terletak di daerah karo, antara parapat & beras tagi. rugi sgt lah kalau x pg, sebab dari sini boleh pg taman negara simalem, and boleh tgk view lake toba dari sudut yg berbeza, and sgt epik. so yes, kitorang mintak hotel carikan supir sbb xlarat nak bawak motor jauh2 haha. kalau ikut google map / waze, dalam 84km, tp sbb jalan kecik, lalu kawasan berbukit2, and tepi pantai, so max boleh bawak dalam 30-40km/jam. Jenuh nak drive. so, terus decide pakai supir.

Cantiknya!

Masa on the way tu, kira-kira half way jalan, stop jap at Simalungun, nama tempat ni PSI – Penatapan Simalungun Indah. ala, tempat yg biasa ada kt Indonesia, yang ada basikal tergantung tu, tikar terbang la & sebagainya. Kitorang tak into scene ni sangat, so lepak jer la tengok orang lain naik semua tu. then continue jalan till sipiso piso waterfall. Bila sampai tu, fuh, agak takjub la, kira macam klimaks dalam movie, boleh dengar bunyi air jatuh dari atas, dengar kicauan burung, view pulak nampak ala2 mcm dari point one tree hill kt taman negara simalem. Nak turun dia memang nampak best, tapi nak naik fuh, mmg tak sanggup.
Macam ada orang lokal yang cakap kt situ, “turun setengah jam, naik, allhurabbi, setengah mati” hahaha. Kat sini kitorang layan makan dulu, ada rumah makan muslim, so kira setel la ikan keli masak sambal dengan teh manis dingin (teh o ais), boleh convert jd sumber tenaga, nk panjat tangga naik dr bawah sipiso piso.Last-last bila turun, sampai separuh je haha, sbb memikirkan nak naik balik Allahu mati la nak kalau dah turun bawah nak naik balik. so kitorang capai kata sepakat, stop kt tengah2, layan view dari pondok kt situ, dan menikmati keindahan alam.

Tak rugi pergi sini

View, feeling, semua memang terbaik lah kat sipiso piso ni. Berbaloi jalan jauh2 dari parapat, naik ke karo. Tak rugi la perjalanan. Sebab view memang awesome. Lepas sejam lebih layan view, lek lek, layan selfie berkeping2, then baru kitorang start climb balik. fuh, mmg betul, mcm ape je rasa gigih nk panjat balik tangg tu. sekali jer ah rasa, kalau nk turun lg mmg tobat ah hahaha. habis kalori ikan keli sambal td. Nanti tak pasal2 nak makan lagi. Tu pun sambil jalan turun & naik bukit tu, belasah kerepek pisang. Sedap yg amat rasa kerepek pisang kt sana.
Balik tu kitorang sempat singgah kt tempat yang sama masa kitorang pg td, kt area simalungun tu, layan jagung bakar sbb masa tu hujan lebat. dia punya feel layan jagung bakar, mcm time winter, kt mount usuzan, lake toya, hokkaido. serious best. Kitorang sampai dah dekat2 maghrib, and terus balik hotel sbb nak mandi & tukar baju. basah kan kena hujan tadi, tak selesa.

Jetty tiga raja

Lepas tu siap2 nak keluar, nak jalan kali ke arah deretan kedai souvinier kt jetty tiga raja, agak jauh nak menapak, bukan apa sbb dah malas haha, so tanya kat kaunter tu, ada tak boleh rent speda moto, then dia bg yg dia punya, RP30k sejam, jilake sempat lg buat duit haha. Kitorang pun dah malas nak argue, then on jer la sewa. ngam masa naik motor tu & sampai tmpt souvinier tu, hujan lebat gilos. Tak sampai 3 min je pun tempat tu dari pandu lakeside hotel, last2 end up makan kt rumah makan muslim sambil tunggu hujan berhenti. sempat jugak la beli ole2 kt area situ, not bad kalau pandai tawar. lg pun dah malam & nak tutup kedai. so apa lagi, tekan la lol.
Then kitorang balik hotel. layan packing barang2.
Kos Day 3
Bot dari Samosir ke Parapat Tiga Raja jetty RP30k
Angkut2 dari jetty ke hotel RP4k
Check in Pandu Lakeside Hotel RP300k
Rent Avanza + Supir ke Sipiso Piso RP650k
Lunch kt Sipiso Piso RP48k
Parking Sipiso Piso RP5k
Jagung Bakar RP8k
Rent Speda Moto budak hotel RP50k
Dinner Rumah Makan Muslim RP90k
Total = RP1185000 @ RM349

Hari terakhir

Awal pagi kitorang siap2 dah nak check out, sbb nak ke airport silangit at least 2jam masa yg diperlukan. Lepas breakfast, sempat shoot few pictures, then kitorang terus naik avanza gerak ke airport.
In between tu stop kt 1 point yg kt tikungan terakhir, sebelum sampai bandar silangit. situ view memang mabeles. cantik sgt nampak view toba lake, sawah padi, bukit bukit & perkampungan. so tu last moment la utk kitorang sebelum balik ke malaysia. Sampai airport, lepas check in, layan minum kopi torbuk & gorpis cheese coklat dekat Timbo cafe. fuh, sedap yang amat. cafe tu kt luar airport, kira last la sebelum nak balik KL.
Then dengar announcement, AA ready to fly.
Bye Lake Toba, Bye North Sumatra.
Benerlah kau negeri kepingan surga seperti yang diwar-warkan.
Kos Day 4
Supir & Avanza ke silangit airport – RP400k
Minum kopi & gorpis – RP32k
Total = RP432k @ RM128.

Total kos sepanjang trip

So total kos sepanjang trip KUL-Danau Toba ialah,
RM212 Flight
RM294 Day 1
RM191 Day 2
RM349 Day 3
RM 128 Day 4
Total = RM1174 utk 2 orang, flight, transportation, accommodation and makan minum. Kos per pax ialah RM1174/2 = RM587per pax.
Di tulis oleh: Azizi Ahmad
further details: visit ig @w.arejourney
Sumber : Azu Azz

Post a Comment

0 Comments