Tak Sampai RM1k, Pasangan Ini Kongsi Itinerary Lengkap 4H3M Ke Bangkok Naik Keretapi. Seronok!


Negara Bangkok Thailand sememangnya agak terkenal di kalangan pelancong. Lebih-lebih lagi dalam kalangan pelancong Malaysia kerana boleh diakses melalui jalan darat sahaja. Malah, kos ke sana juga tidaklah terlalu mahal berbanding tempat luar negara yang lain.
Di facebook, lelaki ini kongsi intenari lengkap ke Bangkok 4 hari 3 malam bersama isterinya. Apa yang menariknya, pasangan ini menaiki keretapi sahaja. Seronoknya sekaligus boleh honeymoon.

28 jam dari KL

Stress dengan kerja? Rasa nak bercuti? Tapi tak tahu nak ke mana? Tak nak drive jauh-jauh… kalau drive cepat mengantuk Apa kata korang ke Bangkok naik keretapi.. tak lama, 28 jam je dari KL korang dah sampai Bangkok ?
Boleh follow itenarary DIY & costing yang saya share ni :

  • Day 1 – Naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar. Cop passport. Kemudian naik shuttle train ke Hatyai. Di Hatyai, boleh ronda2 cari makan & cari simcard dulu. Kemudian naik train ke Bangkok. Bermalam dalam train.
  • Day 2 – Sampai di Bangkok waktu tengahari. Cari makan & check-in hotel. Petang & malam boleh ronda2 sekitar Bangkok.
  • Day 3 – Free & Easy
  • Day 4 – Balik Malaysia naik flight. Tak larat dah nak layan lagi 28 jam dalam keretapi ?

Kos semua


  • KTM ETS (KL Sentral ke Padang Besar) : RM76
  • Shutte Train (Padang Besar ke Hatyai) : RM10/THB80
  • Special Express Train (Hatyai – Bangkok) : RM135/THB1005 (2nd class upper bed)
  • Penginapan 2 malam di Bangkok : RM85/pax X 2 malam = RM170
  • Flight ticket (Bangkok ke KL) : RM230 normal fare AirAsia
  • Pengangkutan di Bangkok : RM100 (Grab/Skytrain/BTS/Tuktuk) anggaran
  • Makan minum : RM100 anggaran

Total Damage (anggaran) = RM850++ seorang

Tempat menarik di Bangkok


  • Chatuchak Weekend Market. Buka sabtu dan ahad sahaja. Pasar minggu yang tersangatlah luas.
  • Sungai Chao Phraya. Boleh naik feri/cruise & lihat kesibukan sungai Chao Phraya yang menjadi tulang belakang Thailand.
  • Maek Long Railway Market. Pasar atas landasan keretapi. Agak jauh dari bandar Bangkok tapi berbaloi pergi. Naik van dari Bangkok. Moment keretapi tu lalu tengah2 pasar tu memang awesome!
  • Stesen Keretapi Hua Lamphong. Stesen keretapi klasik yang dibina tahun 1916. Train dari Hatyai akan berakhir di sini.

  • Damnoen Saduak Floating Market. Pasar terapung paling besar & paling popular tapi agak jauh dari Bangkok. Penuh dengan pelancong.
  • Amphawa Floating Market. Tak jauh dari Maek Long Railway Market. Kurang sibuk dan tak banyak peniaga atas perahu. Lebih banyak gerai-gerai di tepi sungai.
  • Siam Paragon/MBK Centre/Hard Rock Cafe. Shopping district ala-ala Bukit Bintang.

Tiket keretapi Thai

Tiket keretapi boleh dibeli secara online di www.railway.co.th. Pastikan korang beli tiket yang betul. Check no. train, jenis gerabak, stesen dan waktu.. kalau tersilap, naya.
Makanan dalam keretapi :
Dalam train Hatyai ke Bangkok ni takde jual makanan yang dijamin halal. Yakin untuk boleh beli coffee je. So, dicadangkan korang bawak bekalan makanan untuk dinner & breakfast. Air panas boleh dibeli di gerabak cafe. Fresh-brewed coffee yang dijual kat cafe train ni memang best.. minum sambil layan view perkampungan Thai.

Restoran halal

Restoran Halal di Bangkok :
• Yana Restaurant (MBK Center)
• Usman Thai Muslim Food
2 restoran ni je yang kami sempat pergi. Sangat2 sedap & tak sama dengan masakan thai yang kita makan kat Malaysia. Halal street food banyak kat area Pratunam tapi kami tak sempat ke sana.
Wendy Guest House
Penginapan ala-ala backpakers. Bilik memang sempit. Tapi lokasi dia memang dekat dengan BTS station. Dekat jugak dengan MBK & Siam Paragon. Jalan kaki dalam 5 minit. Plus, vegetarian breakfast disediakan. So, boleh makanan kenyang2 dulu sebelum memulakan perjalanan. Hotelnya bersih & murah. Boleh baca review di Tripadvisor.
InsyaAllah, tahun ni kami akan naik keretapi hingga ke Chiang Mai pulak yang akan mengambil masa 2 hari untuk sampai… Semoga semuanya berjalan lancar..
Feel free to share..
Sumber : Kaiser Khairi

Post a Comment

0 Comments