‘Tak Payahlah Cari Amad’ – Remaja Tertekan Dibuli Rakan Nekad Lari Rumah, Enggan Masuk Asrama


Gejala mengasari insan yang lemah semakin menjadi-jadi terutamanya dalam kalangan pelajar di sekolah. Terbaru, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dilaporkan telah melarikan diri daripada rumahnya di Pekan Kuala Selangor, sejak semalam kerana dipercayai tertekan dibuli.
Menerusi laporan Kosmo, ibu remaja tersebut, Mardiana Ismail, perkara tersebut mula disedari olehnya selepas anaknya enggan pulang ke asrama pada hari Ahad lalu. Tambahnya, kejadian buli tersebut telah lama berlaku dan dipendam oleh anaknya.

Sebab itu dia tidak mahu ke sekolah

Menurut Mardiana, anaknya memberikan pelbagai alasan sebelum menghilangkan diri. Pihak sekolah turut dimaklumkan mengenai kehilangannya dan mengenai dakwaan buli, pihak sekolah akan melakukan siasatan.
Saya rasa sebab itu dia (Ahmad Fitri) enggan dihantar semula ke asrama Ahad lalu dengan memberikan pelbagai alasan sebelum menghilangkan diri awal pagi tadi. Saya juga ada berjumpa dan memaklumkan pihak sekolah Ahmad Fitri mengenai kehilangannya dan dakwaan buli itu dan mereka akan menyiasat perkara tersebut.

Syukur dia hubungi saya

Ahmad Fitri dipercayai menghubungi ibunya menggunakan telefon bimbit orang awam, bagi meminta kakak dan abangnya datang ke kawasan tersebut untuk menjemputnya pulang ke rumah.
Rasa amat bersyukur apabila Ahmad Fitri menghubungi saya dan memintanya berada situ sehingga diambil oleh Norhazwani dan abangnya, Mohd. Ghazali, 33, kira-kira pukul 4 petang tadi. Laporan polis juga telah dilakukan di sebuah balai polis di kawasan situ bagi memaklumkan penemuannya sebelum mereka kini dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Selangor.
Remaja tersebut dipercayai menggunakan wang sakunya untuk melarikan diri ke Mydin Usj yang sejauh 72 kilometer daripada rumah.
Sumber: Kosmo

Post a Comment

0 Comments