Tahap keselamatan aplikasi FaceApp diragui oleh sesetengah pihak – Ini jawapan dari FaceApp


Pada waktu ini mungkin tengah viral atau trending gambar rakan-rakan anda atau ahli keluarga anda yang masih mudah menunjukkan gambar mereka waktu tua. Ia berikutan fungsi yang ada di aplikasi FaceApp yang digunakan pada Android dan iOS.
Aplikasi ini sebenarnya telah dibangunkan oleh syarikat di Rusia dengan menggunakan teknologi AI (Artificial Intelligence) untuk memproses gambar asal anda menampakkan wajah anda tua ataupun lebih muda. Sebenarnya pelbagai fungsi lain lagi yang ada dalam aplikasi ini.


Menerusi aplikasi ini, terdapat beberapa pihak yang mempersoalkan dan meragui tentang tahap keselamatan yang digunakan pada aplikasi ini. Pada laporan yang dibuat oleh 9to5mac, FaceApp telah memberi maklum balas mereka dan menidakkan sebarang andaian yang tidak benar.
FaceApp telah memberi maklum balas bahawa “Kami mungkin menyimpan gambar yang dimuat naik di storan awan. Alasan utama untuk itu adalah prestasi dan trafik : kami ingin memastikan bahawa pengguna tidak memuat naik gambar berulang kali untuk setiap operasi sunting. Kebanyakan imej dipadamkan dari pelayan kami dalam masa 48 jam dari tarikh muat naik.
“FaceApp melakukan kebanyakan pemprosesan gambar di storan awan. Kami hanya memuat naik gambar yang dipilih oleh pengguna untuk disunting. Kami tidak pernah memindahkan sebarang gambar lain dari telefon ke storan awan.” Menurutnya lagi.
Tambahnya “Walaupun pasukan R&D teras terletak di Rusia, data pengguna tidak dipindahkan ke Rusia.” Pasukan itu juga turut memberitahu bahawa mereka tidak menjual sebarang data pada aplikasi pihak ketiga.
Namun sedikit meragukan apabila merujuk pada syarat perkhidmatannya, pengguna bersetuju untuk membenarkan FaceApp supaya berhak untuk menggunakan gambar anda, nama dan minat anda. Dengan menggunakan perkhidmatan mereka juga, anda juga bersetuju bahawa gambar anda boleh digunakan untuk tujuan pengiklanan.
Apa pendapat anda tentang aplikasi ini?

Post a Comment

0 Comments