Serang Guru, Tidur lokap 4 hari


DUA beradik yang menyerang seorang guru berusia 52 tahun di sebuah sekolah menengah di Bachok, ditahan reman selama empat hari di Mahkamah Majistret Bachok, hari ini.
Dua beradik berusia 30 dan 42 tahun direman bermula hari ini sehingga Jumaat selepas perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Azem Fatihi Kamal untuk siasatan lanjut.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan bagi kesalahan memukul dan Seksyen 447 akta sama kerana menceroboh.
Terdahulu, dua beradik masing-masing memakai baju hitam dan biru tiba jam 8.50 pagi menaiki van polis.
Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai video seorang lelaki memarahi seorang guru tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp, Sabtu lalu.
Video berdurasi 3.31 minit berlaku di sebuah sekolah menengah di Bachok memperlihatkan seorang lelaki memarahi seorang guru didakwa mengeluarkan kata kurang enak kepada isterinya.
Individu itu dikatakan saudara kepada pelajar sekolah terbabit yang sudah dikenakan tindakan gantung sekolah.
Lelaki itu mendakwa tidak mendapat surat berhubung perkara itu daripada pihak sekolah.
Susulan itu, dua beradik didakwa menyerang seorang guru ditahan polis jam 5.15 petang semalam ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok.

Berita Berkaitan : [VIDEO] Serang Guru di Kawasan Sekolah

Post a Comment

0 Comments