Aiskrim merupakan antara pencuci mulut yang digemari hampir semua lapisan umur. Malah, jika sebut sahaja aiskrim Magnum, pasti semua tahu bagaimana rasa kelazatan aiskrim tersebut.
Seorang pengguna Facebook, Raja Amanina baru sahaja berkongsi resipi aiskrim ala Magnum yang dibuat sendiri dan mudah sahaja cara untuk membuatnya. Menariknya, perkongsiannya mencecah 2,000 perkongsian dalam masa 2 jam sahaja. Baca perkongsian dia tentang resipi aiskrim ala Magnum di bawah ini:

Cara membuat adunan aiskrim:

1. Masukkan 2 cawan whipping krim (dairy)
2. Kemudian, masukkan 1/2cawan susu pekat
3. Tambahkan 1sudu kecil ovellate
4. Masukkan sedikit esen vanila
5. Campurkan kesemua bahan tersebut dan mix kan hingga kembang gebu menggunakan blender
67288537_2377329945919712_5754022129456644096_n

Cara membuat coating aiskrim:

1. Masukkan 350gm coklat masakan dan dark coklat
2. Double boilkan hingga cair
3. Setelah cair, biarkan sebentar sehingga suam
67536476_2377330009253039_8260565146481459200_n

Langkah-langkah membuat aiskrim:

1. Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam piping bag dan masukkan dalam plastik aiskrim, lalu ratakan
2. Kemudian masukkan adunan aiskrim kedalamnya
3. Bekukan selama 5 hingga 6 jam atau semalaman
aiskrim
Nota:
Salutan coklat itu tidak perlu tunggu mengeras kerana jika mengeras ia tidak akan bersalut dengan aiskrim.
Coklat itu pekat apabila ratakan dalam plastik dan coklat akan lekat pada keliling plastik itu secara automatik bahagian tengah kosong sebab itu boleh tuang aiskrim.
Nampak mudah bukan? Kini anda mampu membuat aiskrim sendiri di rumah dan rasanya setanding aiskrim di luar sana. Selamat mencuba!

Post a Comment

Previous Post Next Post