Promosi ‘Mega Sale’ AirAsia Kembali. Harga serendah RM39 Sehingga 4 Ogos 2019

Hujung tahun bakal tiba dan selalunya ramai yang ingin melancong waktu hujung tahun ini. Ini berita baik buat anda yang ingin melancong untuk merebut peluang keemasan ini. AirAsia tampil dengan promosi ‘Mega Sale’ untuk semua penerbangannya.

Promosi ini bermula semalam dan akan berakhir pada 4 Ogos 2019 ini. Malah, promosi ini adalah untuk penerbangan bermula hari ini sehingga 29 Februari 2020 sahaja.
Menurut tinjaun kami, anda bakal dapat nikmati tambang istimewa dari serendah RM39 sahaja ke destinasi domestik pilihan anda. Malah, untuk penerbangan antarabangsa, harga bermula serendah RM79 sahaja. Pastinya anda yang bercadang untuk bercuti hujung tahun ini akan merebut peluang keemasan ini.

Untuk lebih penjimatan, anda boleh membeli tiket dengan menggunakan BigPay dan tiada caj pemprosesan akan dikenakan. Anda boleh membuat tempahan ke destinasi pilihan anda di laman sesawang AirAsia atau melalui aplikasi AirAsia.

Post a Comment