#KelantanKindness tular, netizen kongsi pengalaman terbaik dengan rakyat Kelantan

TAK tahu dimana silapnya sehingga rakyat Kelantan selalu dipandang serong dan terpalit dengan isu negatif. Sehingga ada yang main pukul rata cepat menuduh keseluruhan rakyat Kelantan jika berlakunya apa-apa isu yang melibatkan kebersihan dan jenayah.

Baru-baru ini seorang pengguna laman sosial bernama @AdDien90 memulakan sebuah kempen di Twitter dengan hastag #KelantanKindness bagi mengajak warganet berkongsi apakah pengalaman baik yang pernah diterima mereka sepanjang berkenalan dengan rakyat Kelantan.

Tweet berkenaan disambut baik oleh netizen yang berkongsi bermacam kisah yang saling bertentangan dengan stereotaip yang selalu dilemparkan kepada orang Kelantan. Ia kemudian menjadi trending di laman twitter hari ini.




Orang tabur benci, kita tabur kasih sayang



Sebenarnya setiap orang tak sempurna. Kalau kita anggap semua orang jahat, kita seorang yang paranoid. Kalau kita menganggap semua orang baik, kita juga seorang yang naif. Jadi, kita kena anggap yang tak semua orang baik dan juga tak semua orang jahat.


Mungkin ada yang melakukan benda yang tak baik dan kebetulan mereka berasal dari Kelantan. Tapi tak adil la untuk kita meletakkan hukuman menyatakan semua yang tinggal di Kelantan ni teruk.

Lagi pula membina tembok antara satu sama lain dengan semangat kenegerian yang melampau ini tak akan memberikan kita apa-apa kebaikan. Jadi, bersahabat baiklah dengan semua orang dan belajarlah untuk saling menghormati sesama kita. Okey?

Sumber: Dhia

Post a Comment

0 Comments