‘Jika Hari Ini Hari Terakhir…’ – Jawapan Aliff Aziz Ketika Ditemu Bual Ebit Lew Undang Sebak


Umum sedia maklum, kehidupan pelakon Aliff Aziz kini agak sedikit sunyi selepas membuat keputusan untuk bercerai dengan isterinya, Bella Astillah. Pastinya dia mengalami detik yang sukar dan merindu anak tunggal kesayangan, Ayden Adrean.

Terbaru, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew berkesempatan pergi ke Singapura dan meluangkan masa bersama pelakon lelaki ini. Sesi temu bual dalam video ini mencuri perhatian netizen. Rata-rata bersimpati dan sebak akan nasib yang menimpa Aliff Aziz.

Perbaiki diri Allah sayang


Berdasarkan kapsyen yang diceritakan Ustaz Ebit Lew, dia berkesempatan pergi ke Singapura untuk bertemu sendiri dengan Aliff Aziz. Apa yang menarik perhatian ialah soalan yang ditanya ustaz “Jika hari ini adalah hari terakhir, apa nak cakap pada yang disayangi dan anak?” Tiada sepatah jawapan yang mampu diungkai ketika itu dan hanya air mata sahaja yang mengalir.

Luahan air mata Aliff Aziz

Menurut perkongsian dari Ebit Lew lagi, kini pelakon itu menjaga solatnya dan mula menghafal Al-Quran. Layanan baik dari keluarga Aliff Aziz saat penceramah bebas ini jejak kaki ke sana.

Ustaz sendiri datang ke rumah

Semua yang berlaku ada sebab

Sumber: Ebit Lew

Post a Comment

0 Comments