Caprice cari pemain untuk pasukan PUBG, tawar gaji hingga RM5,000


PENYANYI rap tempatan, Caprice, sedang mencari pemain-pemain handal untuk bergabung dalam pasukan e-sukan yang mahu ditubuhkannya sendiri, seterusnya bersaing dalam acara-acara permainan video PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Menurut video di laman instagram penyanyi rap berumur 31 tahun itu, beliau menawarkan gaji antara RM3,000 hingga RM5,000 kepada mereka yang terpilih, di samping mengurus kerjaya pemain-pemain tersebut sebagai atlet e-sukan.





Video tersebut mendapat sambutan ramai dari kalangan penggiat e-sukan negara, sehinggakan penyanyi dengan nama asal Ariz Ramli itu memberitahu, aplikasi WhatsApp beliau gagal berfungsi akibat menerima terlalu banyak mesej.

Antara pemain yang sedang dicari Caprice ialah bekas pemain pasukan Shopee Bosskurr, Ahmad Fuad Razali atau Fredo.

Menurut catatan Insta Story Caprice pada Sabtu lepas, beliau mempunyai tawaran yang amat sukar bagi Fredo tolak.

Selain daripada bidang e-sukan, Caprice juga giat melabur dalam bidang digital lain seperti laman web dan aplikasi telefon bimbit.

Post a Comment

0 Comments