“Buat bunyi macam2, kena bangun jugak kejar murid…” – Guru ini dedah cabaran ‘Cikgu Pekak’

Tugas sebagai pendidik ini bukanlah sesuatu yang mudah terutama sekali buat zaman sekarang bayangkanlah, mengajar pelajar yang normal pun sudah mencabar, inikan pula pelajar daripada golongan Orang Kelainan Upaya.
Seperti perkongsian yang tular di Twitter baru-baru ini, memaparkan bagaimana pengalaman dan cabaran seorang guru pendidikan khas mengajar pelajar pekak dan bisu.

Macam2 bunyi dah buat, last cikgu kena kejar murid

Jika dapat diperhatikan di dalam rakaman ini, murid tersebut telah tertinggal pensil dan guru itu cuba melakukan pelbagai bunyi namun tiada tindak balas, sehinggakan terpaksalah si guru berlari mendapatkan muridnya.

Kami digelar ‘Cikgu Pekak’

Video yang dikongsikan menerusi Twitter seorang guru pelatih pendidikan khas, dikenali sebagai Fakru Faiz, telah memberi sedikit pendedahan mengenai penggunaan bahasa isyarat.

Bahasa isyarat antara guru dan murid

Untuk pengetahuan ramai, guru pendidikan khas diperlukan untuk memahami dan mengetahui penggunaan bahasa isyarat bagi membantu proses interaksi bersama para pelajar.
Berdasarkan rakaman tersebut, berikut adalah maksud dan meseg yang disampaikan oleh guru tersebut kepada muridnya yang merupakan pelajar pekak dan bisu.

Kenal abjad guna bahasa isyarat…

Malah, Fakru juga sempat berkongsi sebuah lagi video di Twitter, cara untuk mengenal huruf menggunakan bahasa isyarat dan bagaimana untuk melakukannya.

Semoga dapat memberi manfaat…

Ramai rupanya minat nak belajar bahasa isyarat

Selepas perkongsian itu mula tular, ternyata ramai daripada kalangan kita yang menunjukkan minat untuk mempelajari dan menggunakan bahasa isyarat

Teringin sangat nak belajar bahasa isyarat

Sumber : Fakrufaiz

Post a Comment

0 Comments