Orang Malaysia memang gemar bercuti! Pantang ada public holiday sikit, mulalah plan nak bercuti baik di dalam negara atau pun luar negara. Untuk anda yang sedang merancang bercuti di sekitar Selangor atau Kuala Lumpur, berikut kami kongsikan beberapa tempat percutian yang wajib masuk dalam senarai! 

Rumah Kebun, Hulu Langat


Dikelilingi bukit bukau dan pemandangan menghijau, RumahKebun adalah tempat beristirehat yang ideal bersama-sama keluarga dan teman-teman rapat. Terjunlah ke dalam kolam renang yang menggunakan air yang disalirkan dari sungai, atau anda boleh terus nikmati kesejukan Sungai Semungkis. Resort ini yang memiliki 3 bilik tidur dan 3 bilik air, boleh memuatkan sehingga 16 orang. Terdapat rumah pokok (treehouse) dan beberapa ekor kambing akan menemani anda di sini. Harga bermula daripada RM1500.

Dash Box Hotel Cyberjaya

Dash Box Hotel yang terletak di Cyberjaya ini menawarkan tempat penginapan yang cukup unik dan menarik buat para pengunjung. Rata-rata ia menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik dan tidak jauh dari bandar, namun tetap aman dan tenang. Dengan konsepnya yang segar, urban dan ala hipster, anda pasti terpukau dan dapat memenuhi akaun Instagram dengan pelbagai gambar menarik.

Terdapat 2 jenis bilik yang disediakan untuk pilihan pengunjung, iaitu jenis Studio atau Kabin. Kedua-duanya tetap selesa dengan rekabentuk dalaman yang cukup unik dan moden. Yang paling menarik, tentulah kolam renang yang pasti membuat anak-anak tak sabar untuk mandi-manda. Ada kolam untuk dewasa juga. Harga bermula sekitar RM156/malam.

Kepyok Beranang

Kepyok yang terletak di Beranang memiliki senibina yang menarik hati. Dibina menggunakan batu-bata merah dan batu serta hiasan jubin Terracotta semulajadi serta kayu jati, ia merupakan di antara resort persendirian dengan design terbaik yang pernah saya lihat. Terdapat 3 binaan di sini. Rumah Agong menempatkan ruang tamu, ruang makan dan dapur untuk dikongsi bersama oleh semua tetamu. Dua lagi binaan menempatkan dua buah chalet. Setiap chalet mampu menampung 4 orang tetamu. Harga bermula daripada RM683 semalam.


Aman Dusun

Terdapat pelbagai perkara menarik di Aman Dusun. Ini termasuklah ladang kambing, di mana haiwan ternakan ini dibiar bebas meragut rumput yang mana merupakan satu pemandangan menarik untuk dilihat. Rumah ini dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan sebuah loft yang bersambung kepada bilik tidur utama. Terdapat 3 buah katil queen dan 2 buah katil bujang di keseluruhan rumah ini. Dapur dilengkapi dengan segala kelengkapan memasak yang anda perlukan. Anda juga boleh berehat di beranda yang bersambung terus ke kolam renang. Aman Dusun dapat memuatkan sehingga 7 orang. Sewaan adalah pada RM951 semalam.

Gerimis Senja Villa Hulu Langat

Terletak di kawasan berbukit bukau Ulu Langat, Gerimis Senja Villa bukanlah taman yang biasa. Villa penuh kemewahan ini menampilkan pemandangan dan muzik alam semulajadi. Kawasan villa seluas 3 ekar didatangkan dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik air, dikelilingi oleh pohon buah-buahan tempatan. Dalam senarai ini, Gerimis Senja Villa adalah satu-satunya tempat percutian yang menawarkan infinity pool. Anda boleh menghabiskan masa dengan bermain catur atau congkak, memancing, mandi-manda di infinity pool, mendaki bukit, sewa basikal dan mengadakan parti BBQ bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Gerimis Senja Villa dapat memuatkan 10 orang tetamu, harga bermula daripada RM1000 semalam.


The Kabin

 The Kabin adalah satu lagi resort berkonsepkan kontena yang terletak di Kuala Selangor. Dengan rekabentuk yang moden dan minimalis, dekorasinya yang simpletetap menawan hati. Anak-anak kecil pasti seronok sebab ada kolam renang yang besar dan selesa di sini. Dikelilingi suasana yang menenangkan, memang tak rugi bawa satu keluarga menginap bersama. Harga bermula sekitar RM160 saja, bergantung kepada jenis bilik dan peak season.

Villa Rimbun Desa

Villa Rimbun Desa terletak di Kuang, Sungai Buloh merupakan sebuah tempat penginapan istimewa lengkap dengan 2 bilik tidur dan kemudahan barbeque.
Terdapat juga sebuah kolam renang yang sesuai untuk bersantai bersama ahli keluarga dan rakan. Dengan harga bermula RM350/hari, ia boleh menampung 6 pengunjung yang bermalam di sini. Memang berbaloi!

Carpe Diem Orchard Home Serendah

Carpe Diem Orchard Home menawarkan penginapan di Serendah, Hulu Selangor. Sesetengah bilik dilengkapi dengan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian, sementara yang lain mempunyai bilik mandi berasingan. Tetamu juga mempunyai akses ke kawasan umum seperti ruang makan dan dapur, di mana kemudahan seperti microwave, pembakar roti, cerek dan peti sejuk boleh didapati. Resort ini juga menyediakan pinggan mangkuk, cawan dan peralatan makan.
Terdapat ruang bacaan, di mana tetamu boleh meminjam bahan bacaan atau bermain dam, catur dan sebagainya. Lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, iaitu sejauh 53 kilometer. Resort yang dilengkapi dengan kolam renang ini merupakan tempat percutian terbaik di Rawang! Sangat berbaloi dengan wang anda jika bercuti di sini.

Post a Comment

Previous Post Next Post