[VIDEO] Sistem Penyejukan Ferrari SF90 Stradale Diolah Daripada Ciptaan Lelaki Malaysia Ini


Seringkali apabila mempelajari ilmu berkaitan fizik dan matematik, formula atau kuantiti dengan nama-nama pakar fizik luar negara khususnya barat antara yang disebutkan.
Walaubagaimanapun, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang lelaki Malaysia berjaya menghasilkan sebuah formula baru sekaligus meletakkan nama kuantiti yang dicipta dengan nama beliau sendiri iaitu Fawzal Number.
Secara asasnya, Fawzal Number atau nombor Fawzal merujuk kepada nisbah pemindahan haba atau kapasiti penyejukan dengan kuasa yang digunakan oleh sesebuah rekabentuk. Nombor Fawzal ini didefinisikan sebagai Fawzal Number bersamaan convective HT dibahagikan dengan penggunaan kuasa. Berikut merupakan penjelasan saudara Fawzal yang dikongsikan melalui YouTube Ajar.
Lebih membanggakan, konsep ini turut diaplikasikan pada model terpantas pernah dihasilkan Ferarri iaitu SF90 Stradale.
Melalui perkongsian Fawzal, Ferrari telah menggunakan konsep rotor cooling technique untuk sistem penyejukan kedua bagi electric machine model keluaran mereka. Konsep rotor cooling technique cetusan Fawzal ini antara yang terawal di dunia pernah dicipta bagi electric machine berkuasa tinggi.
Beliau turut diberi peluang oleh Ferarri untuk menguji keberkesanan sistem penyejukan yang dihasilkan oleh syarikat ini bagi tujuan fine tune. Pada fasa ini, beliau telah menggunakan konsep Fawzal Number bagi menentukan rekaan manakah yang terbaik.
Semestinya sebuah pencapaian yang membanggakan apabila melihat Anak Malaysia juga mampu menghasilkan sebuah kuantiti tersendiri serta digunapakai oleh syarikat hebat seperti Ferrari. Pencapaian Fawzal ini turut membuktikan Anak Malaysia juga mampu menjadi penyumbang terbesar dalam ilmu automotif dunia.
Sumber: Vocket

Post a Comment

0 Comments