Suami, isteri hamil dan anak empat tahun maut dalam kemalangan


MERSING: Tiga sekeluarga maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 15,  Jalan Mersing Endau, Johor, kira-kira 11.30 pagi tadi.

Pemandu kereta, Mohd Safar Zakaria, 34 tahun, meninggal dunia di Hospital Mersing. Manakala isterinya, Nurul Jannah Talib, 29 tahun, yang sedang hamil serta anak ketiga mereka, Muhammad Darwisy Mohd Safar, empat tahun maut di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Mersing, Superitendan Cyril Edward Nuing berkata, dua lagi anak mereka cedera dan dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki lima sekeluarga dari Endau ke Mersing itu terbabas dan masuk ke laluan bertetangan, sebelum merempuh kenderaan pelbagai guna, MPV dinaiki enam  sekeluarga,'' katanya.

Ujar beliau, pertembungan turut menyebabkan enam sekeluarga yang menaiki MPV cedera dan dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments