‘Saya Cabar Dia Buat Pengakuan Bersumpah’ – Viral Video Lucah Mirip Menteri, Ini Respon Azwan Ali

Semalam viral di media sosial video lucah yang dikaitkan dengan seorang menteri Malaysia. Video yang didakwa dirakam di sebuah hotel itu menimbulkan tanda tanya netizen. Terbaru, lelaki yang dipercayai individu dalam video tersebut, telah membuat pengakuan bahawa video tersebut merupakan dirinya bersama Menteri Hal Ehwal Malaysia, Azmin Ali.
Rententan isu tersebut, Azwan Ali mencabar abangnya untuk membuat pengakuan bersumpah bagi menafikan keterlibatannya dalam video lucah yang sedang viral itu.

Langsung tidak terkejut

Menerusi laporan Kosmo, Azwan Ali mengakui bahawa tidak terkejut dengan berita tersebut malah menyimpan aib abangnya itu. Namun Azwan Ali menuntut abangnya membuat pengakuan bersumpah menafikan video tersebut.
Muhasabah dirilah wahai Azmin walaupun saya tahu, dia akan berusaha sedaya upaya untuk melenyapkan isu ini. Inilah kifarah Tuhan selepas bertahun-tahun dia menghina Diva AA di hadapan arwah ibu, Mak Tom dan saya hanya bersabar.
Saya tidak kisah dia mahu bersama siapa atau berbuat apa tetapi sebagai seorang pemimpin yang kononnya diuar-uarkan bakal dijulang sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan, inikah yang mahu dijadikan contoh? Kalau Azmin katakan bukan dirinya yang dalam video itu, saya cabar dia buat pengakuan bersumpah atas nama Allah dalam masjid. Semoga bala tidak turun sebaik sahaja dia berbuat demikian.

Saya kenal dia

Azwan Ali juga turut mengenali individu yang  membuaat pengakuan bersumpah sebagai lelaki yang berada bersama abangnya di dalam video tersebut. Tambahnya, dia kerap terjumpa lelaki tersebut sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.
Sumber: Kosmo

Post a Comment

0 Comments