Salah Dan Mane Tetap Berpuasa Ketika Membantu Liverpool Memenangi UCL

Awal pagi tadi memperlihatkan sebuah sejarah tercipta apabila kelab bola sepak, Liverpool merampas takhta Liga Kejuaraan buat kali yang ke enam.
Apa yang menariknya, dua orang sayap pasukan itu yang merupakan berstatus Muslim tetap berpuasa biarpun beraksi di atas padang.
Dua orang pemain tersebut ada;ah Sadio Mane dan Mohamed Salah diberi pujian apabila mampu memberi aksi yang terbaik biarpun mereka tidak makan dan minum ketika perlawanan.
Jurulatih mereka juga memberi kebenaran kepada pemainnya untuk berpuasa kerana beliau menghormati agama mereka
“Saya tiada masalah sekiranya pemain saya mahu berpuasa, saya menghormati agama mereka, mereka sering memberikan aksi yang terbaik tidak kira sama ada sedang berpuasa atau tidak” Kata Klopp.
Pagi tadi, Liverpool memenangi kejuaraan tersebut apabila menewskan Tottenham dengan 2-0 di Madrid.
Sumber: Islamtics.com

Post a Comment

0 Comments