Sakan tunjuk kaya, wanita kantoi tayang duit palsu masa live di FB


Sering kita lihat di media sosial mengenai individu yang mempromosikan produk keluaran mereka dengan memberi hadiah dan membuat live sambil menayangkan kekayaan diperoleh hasil daripada menjual barangan itu.
Perkara tersebut secara tidak langsung dapat menarik minat ramai orang untuk menjadi stokis pengedar bagi produk mereka dan memberikan pendapatan yang lumayan.

Kantoi menipu masa live Facebook

Namun begitu, jika ingin menggunakan wang kertas ataupun jongkong emas sebagai prop untuk menyakinkan penonton di live tersebut, para peniaga dinasihatkan tidak menggunakan barangan palsu agar tidak ditertawakan oleh warganet.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang wanita telah kantoi menggunakan wang kertas palsu semasa membuat live menawarkan hadiah wang tunai dan jongkong emas. Hal ini terjadi apabila dia mulai melayang-layangkan not seratus dan ternyata bahagian belakang wang tersebut tidak bercetak.
Video Player
00:00
00:48

Kenapa jongkong emas rupa coklat bar?

Video itu memaparkan lambakan barangan dan jongkong emas yang didakwa akan diberi kepada netizen.  Walau bagaimanapun, ternyata barangan tersebut dikatakan palsu dan jelas terlihat menerusi rakaman live tersebut.
Situasi itu telah dibongkar oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Qasrina Caras yang memuat naik kembali posting live dari laman Facebook Jamumall.

Tak ada bajet nak print belakang

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata netizen mulai meninggalkan komen di ruangan Facebook Qasrina dengan mengecam tindakan wanita itu. Ada juga berasa terhibur kerana peniaga tersebut dilihat seperti tidak pandai berbohong apabila jelas sekali prop yang digunakan untuk live adalah palsu.

Alamak duit kertas hujung tak sempat gunting

Mati-mati ingat duit betul sebelum ni

Sumber : Qasrina Caras

Post a comment

0 Comments