Berikut maklumat terkini cara membuat permohonan rayuan BSH 2019 melalui sistem MyBSH.
Rayuan Bantuan Sara Hidup ini akan dibuka kepada umum bermula 1 Julai hingga 15 Ogos nanti.
Namun rayuan ini tidak layak sekiranya anda tidak memenuhi syarat permohonan BSH 2019. Antaranya:
- Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
- Menetap di luar negara
- Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
- Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
- Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Pemegang saham / pengarah syarikat
- Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
- Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
- Memiliki motosikal melebihi 500cc
- Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP
Sekiranya ingin membuat permohonan rayuan, pastikan anda cukup syarat seperti:
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
- Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
Hubungan anak mestilah:
- Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
- Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
- Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
- 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
- OKU
PERMOHONAN RAYUAN BSH 2019
Sekiranya anda memenuhi syarat di atas namun gagal semasa pendaftaran Fasa 1 & 2 sebelum ini, anda boleh membuat permohonan rayuan semula.
Ketika pemberian BR1M tahun lepas, permohonan rayuan hanya untuk lima golongan berikut:
- Kod tidak lulus (05) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
- Kod tidak lulus (06) – Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
- Kod tidak lulus (07) – Pemohon disenaraikan sebagai penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
- Kod tidak lulus (14) – Pendapatan bulanan isi rumah yang dilaporkan pada borang melebihi RM4,000
- Kod tidak lulus (15) – Pendapatan bulanan yang dilaporkan melebihi RM2,000
Untuk BSH kami masih menunggu pengumuman rasmi senarai layak membuat permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup 2019 / 2020.
Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi BSH di sini.