Khatib meninggal dunia ketika menyampaikan khutbah Jumaat



JEMAAH Masjid Al Bukhary, Alor Setar gempar seketika apabila ketika sedang khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan, secara tiba-tiba imam berkenaan rebah, hari ini, lapor Astro Awani.
Kejadian tersebut turut dirakamkan oleh beberapa jemaah yang hadir.
Dalam satu video yang dimuat naik oleh netizen di Facebook, Imam yang dikenali sebagai Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim pada mulanya kelihatan menyampaikan intipati khutbah terbabit seperti biasa tanpa sebarang tanda-tanda ada sesuatu tidak kena atau tidak sihat.
Bagaimanapun beliau secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum sekumpulan jemaah kelihatan segera menghampirinya.
Ku Yaacob dilaporkan pengsan sebelum pasukan perubatan tiba dan memberikan bantuan penafasan (CPR).
Bagaimanapun beliau disahkan meninggal dunia.
Rata-rata jemaah yang masih terkejut dengan kejadian tersebut bagaimanapun meneruskan kaifiyat solat jemaah apabila imam kedua masjid berkenaan bertindak menggantikan Ku Yaacob dan menyambung semula khutbah berkenaan.

Post a Comment

0 Comments