'Ingatkan kucing, rupanya bayi' - Bayi masih bertali pusat ditemui dalam beg dibuang di kawasan semak



Seorang bayi perempuan dipercayai berusia kurang seminggu ditemui di dalam beg yang dibuang di bawah pokok dalam kawasan semak. 

Individu yang menemui bayi itu, Paridah Johuran, 53, berkata, dia menemui beg tersebut pada jam 10.30 pagi semalam di tepi jalan berhampiran Flat Sri Anugerah, Larkin, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kedai serbaneka.



Menurut Paridah, pada awalnya dia ternampak beg berwarna putih corak merah jambu itu di tepi jalan dan menjangka anak kucing dibuang dalam beg itu kerana ternampak ada pergerakan di dalamnya.

Bagaimanapun, Paridah tidak sedap hati dan meminta bantuan seorang pekerja bengkel berhampiran untuk mendapatkan beg tersebut bagi memeriksa kandungannya.

"Apabila dia serahkan beg berkenaan, saya membukanya dan menggigil mendapati objek di dalam beg itu adalah seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan mempunyai kesan gigitan semut di pipinya," katanya. 

Paridah bersyukur dapat menyelamatkan bayi itu daripada diancam haiwan berbisa atau haiwan liar. 









Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments