Hard Rock Cafe Dengan Rekaan Tradisional Akan Dibuka Di Kyoto

hr

Hampir semua rekaan Hard Rock Cafe di seluruh dunia mengetengahkan rekaan yang moden. Akan tetapi, Hard Rock cafe yang bakal dibuka di Kyoto, Jepun ini bakal mengekalkan rekaan tradisional Jepun.
Menariknya, rumah bandar bergaya rekaan Machiya dipilih untuk pembukaan Hard Rock Cafe di Kyoto ini. Rekaan dalamannya yang mengekalkan ciri-ciri rekaan Machiya dan tradisi Jepun menjadi highlight kepada restoran ini.
hr-2
hr-3
Umum tahu Hard Rock Cafe terkenal dengan makanan barat namun pada kali ini kafe ini menawarkan sedikit kelainan dengan menampilkan sajian istimewa tradisi Jepun. Pastinya ini akan menjadi tarikan kepada pelancong yang datang.
Untuk pengetahuan anda, Hard Rock Cafe ini akan dibuka pada 12 Julai 2019 dan ia akan terletak di alamat Kyoto-shi, Higashiyama-ku, Nakanocho, Shinmonzendori Yamato Oji Higashi Iri Motoyoshicho 67. Jika anda ke Jepun kelak, jangan lepaskan peluang untuk ke sini.

Post a Comment

0 Comments