Family Mart Perkenal ‘Brown Sugar Bubble Milk’, Hanya RM4.90!



Sejak kebelakangan ini semakin banyak kedai minuman bubble tea dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sana sini ada saja kedai minuman bubble tea.
Tidak mahu ketinggalan dengan trend ‘bubble tea’ yang kini menjadi kegilaan ramai, kedai serbaneka popular, Family Mart turut tampil dengan minuman Brown Sugar Bubble Milk.
Untuk masa terhad, anda boleh dapatkan Brown Sugar Bubble Milk dengan hanya RM4.90 sehingga 25 Jun ini sahaja kerana selepas ini ia akan dijual dengan harga RM6.90 selepas promosi tamat.

Apa yang menarik tentang Brown Sugar Bubble Milk dari Family Mart ini, mereka menggunakan Brown Sugar Bubble yang diimport daripada Taiwan dan 100 peratus susu segar.
Tunggu apa lagi, boleh la ajak kawan-kawan untuk terjah cawangan Family Mart berhampiran anda.

Post a Comment

0 Comments