Dua maut dalam kemalangan babitkan tiga motosikal


PASIR PUTEH: Pelajar tingkatan empat antara dua yang maut dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah motosikal di Kilometer enam jalan Pasir Puteh-Telosan di sini malam tadi. 

Dalam kejadian sekitar jam 11.30 malam Sabtu itu, dua penunggang lagi mengalami kecederaan. 


Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superitendan, Azmir Damiri berkata pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Mohamad Faqizul Hakim bin Mat Noor, 16 tahun dan seorang buruh warganegara Myanmar, Mohd Rafik bin Amir Hakim, 24 tahun. 

Manakala yang cedera dikenali sebagai Muhammad Nazrullah bin Md Lazim, 20 tahun dan Has Noor bin Noor Mohammad, 24 tahun yang juga warganegara Myanmar. 

"Hasil  siasatan, mendapati Mohamed Faqizul yang menunggang dari arah  Pasir Puteh menghala ke Telosan dipercayai telah hilang kawalan dan  berlanggar dengan dua buah motosikal dari arah bertentangan" katanya dalam satu kenyataan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a comment

0 Comments