Didakwa Jatuh Ketika Bermain, Kanak-Kanak Cedera Teruk Mata Tertusuk Kunci


Seorang kanak-kanak perempuan tertusuk kunci di mata kanannya dipercayai terjatuh ketika bermain. 


Kejadian itu dilaporkan berlaku di Republik Dominika itu di mana mangsa sebelum itu bermain dengan kunci.

Namun malang tak berbau, mangsa yang dianggarkan berusia 2-5 tahun itu terjatuh dan kunci tersebut tertusuk di dalam matanya. 

Ibu bapa mangsa yang terdengar tangisan lalu datang untuk melihat keadaan mangsa sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan bantuan kecemasan. 

Tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan mangsa, namun golongan ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengawasi anak-anak dan tidak membiarkan mereka bermain dengan benda-benda yang berbahaya. 

Sumber: Media DTTB

Post a comment

0 Comments