‘Dah Tiba Masa Untuk Kuda Tua Ini Berehat’ – Luahan Terakhir Lee Chong Wei Undang Sebak

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraan selepas 19 tahun berkecimpung dalam dunia sukan. Di dalam sidang media di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Lee Chong Wei dilihat menangis kerana tidak dapat menahan sebak.
Di Facebook, lagenda ini berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan peminat di atas sokongan yang diberikan selama ini.

Risiko kanser kembali

Lee Chong Wei menjelaskan dia terpaksa mengambil keputusan ini berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya. Kata doktor risiko kanser kembali tinggi sekiranya dia terus berlatih seperti dulu. Dia hanyalah seorang yang cintakan badminton dan sayangkan negara, dia tidak mahu berhenti dengan kekesalan.

Saya tak boleh pentingkan diri

Setelah sekian lama berfikir panjang, dia akhirnya mengambil keputusan berat ini tanpa mementingkan diri sendiri. Sudah tiba masanya dia meluangkan masa bersama anak dan isteri. Menjaga mereka seperti yang sepatutnya. Lee Chong Wei turut meminta maaf kerana tidak dapat ke Tokyo.
Dia berharap nama Lee Chong Wei akan terus memberi inspirasi kepada orang ramai seperti mana orang ramai memberi inspirasi kepadanya untuk berjaya.

Saya minta maaf, saya tak mampu lagi

Sumber : Lee Chong Wei

Post a Comment

0 Comments