Chatime Perkenalkan Minuman Istimewa ‘Bandung Sago Pearl Milk Tea’ Dalam Penerbangan AirAsia

_MWU9361

Nampaknya ini berita baik buat anda penggemar minuman Chatime. Kini, anda dapat menikmati minuman istimewa Chatime ‘Bandung Sago Pearl Milk Tea’ dalam semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.
Menariknya, minuman ini hadir dengan citarasa rakyat Malaysia dimana Dato’ Fazley Yaakob menghasilkan resipi yang pastinya akan membuka selera anda. Lebih menarik apabila minuman ini menggunakan teh cina istimewa T&Co yang menggunakan daun Liu Pao dan dicampur dengan sirap mawar manis. Malah, tampil dengan sago pearl yang pastinya berbeza dari minuman Chatime yang biasa.
Print
Untuk pengetahuan anda, harga untuk minuman tersebut adalah RM8 sahaja. Adalah diingatkan bahawa tawaran minuman istimewa ini hanya pada waktu terhad iaitu bermula pada bulan Jun ini sehingga bulan Ogos 2019 ini.
Selain itu, AirAsia juga menawarkan dua menu bersempena Hari Raya Aidilfitri iaitu nasi padang dengan keropok udang dan nasi goreng superior dengan sate ayam. Kedua-dua hidangan ini boleh dibeli secara pra-tempah untuk harga yang lebih murah dan ianya tersedia disemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Harga untuk hidangan tersebut bermula dari RM10 sahaja. Apa tunggu lagi? Dapatkan segera!

_MWU9314

Nasi Padang with Prawn Crackers (The Vocket)
Superior Fried Rice with Chicken Satay (The Vocket)

Post a Comment

0 Comments