Budak disahkan rabun dekat akibat kerap diberi bermain handphone sejak usia setahun



Seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Xiao Man berusia dua tahun dari Jiangsu, China, disahkah mengalami rabun dekat. 

Difahamkan, ketika Xiao Man berusia setahun, ibu bapanya tidak tegas dan selalu membenarkan dia menggunakan telefon bimbit sepanjang masa. 

Bagi ibu bapanya, Xiao Man lebih diam dan tenang apabila diberi menggunakan telefon bimbit membuatkan mereka sentiasa memberinya telefon bimbit sepanjang masa. 


Selepas setahun kemudian, keadaan Xiao Man mula berubah sedikit dan keluarganya menyangka perubahan itu cuma kesan dari kekerapan menggunakan telefon bimbit dan tidak mengambil endah mengenainya. 

Sehinggalah satu hari, Xiao Man dibawa ibu bapanya untuk menjalani pemeriksaan mata dan alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati anak perempuan mereka itu mengalami rabun dekat, 900 degree

Doktor di hospital berkata, Xiao Man terlalu muda diberi menggunakan alat peranti elektronik dan kekerapan penggunaan itu telah merosakkan matanya. Keadaan itu akan bertambah teruk apabila Xiao Man meningkat dewasa. 


Justeru, doktor menasihatkan kanak-kanak di bawah usia tiga tahun tidak diberi menggunakan telefon bimbit. Sementara golongan kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun hanya diberi menggunakan telefon bimbit selama 30 minit setiap hari. 

Tambahnya lagi, ibu bapa boleh mengesan simptom-simptom ketagihan anak pada telefon bimbit dengan melakukan pemeriksaan mata mereka. Ini termasuk anak-anak sering mengosok mata, kerap mengerlip mata, muka berkerut bagai. 

Post a Comment

0 Comments