Berlakon sama2 dalam ‘Elly & Epit’, cinta Hadi & Dayana mekar hingga ke jinjang pelamin


Kalau buka sahaja kaca tv rancangan kanak-kanak di siaran astro Ceria, pasti ramai diantara kita pernah menonton drama komedi bersiri ‘Elly & Epit’ yang mula ditayangkan sekitar tahun 2011 hingga 2013.
Selain daripada pelakon utamanya Sweet Qismina dan Afiq, ada lagi dua watak yang menyerikan drama tersebut iaitu watak Hujan dan Diana yang dilakonkan oleh Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana.
Tetapi siapa sangka, bermula daripada perkenalan menerusi drama tersebut, tidak sangka rupanya mereka akhirnya berjodohan dan telah selamat bergelar sebagai suami isteri.

Ini bukan lakonan, ini betul2

Pasangan yang sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada November lalu, kini telah selamat dinikahkan semalam di Surau At-Taqwa Batalion 4, Semenyih.
Gembira dengan penyatuan dua jiwa ini, kedua-dua ibu kepada pengantin telah berkongsi berita gembira ini di laman sosial media masing-masing.

Kawan sejak drama ‘Elly & Epit’ bertukar jadi cinta

Menurut ibu Hadi, dikenali sebagai Anggraini Agam, perkenalan anaknya dengan Dayana mulai rapat sejak mereka sama-sama berlakon dalam drama ‘Elly & Epit’ sebagai pelakon kanak-kanak.

Semoga berkekalan…

Justeru, dengan ikatan ini wanita itu berharap masjid yang dibina anaknya akan kekal, dan segala urusan dalam rumah tangga mereka sentiasa dipermudahkan.
Inilah sekitar momen indah majlis pernikaha Hadi Mazlan dan Dayana…

Post a comment

0 Comments