Bayi maut tertiarap dalam bilik, bapa nyenyak tidur di ruang tamu


Hampir setiap minggu kita mendengar berita tentang kecuaian ibu bapa dalam menjaga anak kecil mereka sehingga mengundang maut.
Terbaru, seorang bayi lelaki Aaron Hidayat Abdullah disahkan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah pagi Isnin lalu.
Gambar sekadar hiasan
Mangsa yang baru berusia sebulan dipercayai lemas setelah tertiarap di dalam bilik rumah teres dua tingkat dan dijumpai oleh ibunya selepas pulang daripada kerja.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata ketika kejadian, bapa mangsa sedang nyenyak tidur di ruang tamu rumah.
Manakala lebih mendukacitakan apabila anaknya lelakinya itu tidur di dalam bilik atas secara sendirian.
Gambar sekadar hiasan

“Selepas ibu mangsa pulang daripada kerja terus melihat anaknya namun anak lelaki mereka sudah tidak bernyawa dalam keadaan tertiarap dan mulutnya sudah kebiruan.

“Isterinya kemudiannya mengejutkan suaminya sebelum mereka membawa anak mereka ke Klinik Kesihatan Gelang Patah dan disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Berdasarkan siasatan, mangsa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan tiada unsur jenayah. Kes pula diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Gambar sekadar hiasan
Sumber : Kosmo! Online

Post a comment

0 Comments