Apple iOS 13 Tidak Akan Menyokong iPhone 6 Plus, iPhone 6 Dan Yang Sebelumnya


Apple hari ini telah pun memperkenalkan sistem operasi mudah-alih terbaru mereka, iaitu iOS 13. Bersama-sama dengannya, ia menawarkan prestasi lebih baik, disamping menyertakan ciri-ciri baru seperti sokongan tema gelap dan lain-lain.
Kini, lanjutan daripada pengumumannya, pihak Apple turut menyatakan peranti yang akan menyokong sistem operasi ini.
Apple iOS 13 kelak akan dapat digunakan pada iPhone-iPhone berkenaan, iaitu:
  • iPhone SE
  • iPhone 6S dan 6S Plus
  • iPhone 7 dan 7 Plus
  • iPhone 8 dan 8 Plus
  • iPhone X
  • iPhone XR
  • iPhone XS dan XS Max
  • iPod Touch (Generasi Ke-7)
Buat masa ini, versi pembangunan iOS 13 boleh diuji oleh para pembangun. Versi akhir dijangka diperkenalkan untuk pengguna umum sekitar September kelak.

Post a Comment

0 Comments