4 pekerja Bangladesh cedera pelantar bangunan dalam pembinaan runtuh


KUALA LUMPUR: Empat pekerja warga Bangladesh cedera selepas pelantar bangunan pangsapuri yang sedang dalam pembinaan dekat Jalan Wangsa Delima 8, Wangsa Maju, runtuh, malam ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9 malam dan menggerakkan sepasukan 12 anggota ke lokasi kejadian.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri apabila pelantar itu tiba-tiba runtuh, menyebabkan mereka jatuh dari ketinggian 13 meter dan dihempap batu.
“Semua mangsa adalah warga Bangladesh berusia lingkungan 20 hingga 30-an.
“Mereka cedera di bahagian badan dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Post a comment

0 Comments