30 Julai cuti umum sempena pertabalan Agong


KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan tarikh 30 Julai (Selasa) ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ismail Bakar dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengisyiharan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Katanya lagi, bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri berkenaan diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing. – K! ONLINE
Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan Pejabat Ketua Setiausaha Negara, kerajaan telah memutuska
Menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan Pejabat Ketua Setiausaha Negara, kerajaan telah memutuskan 30  Julai ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Post a comment

0 Comments