WhatsApp Akan Mula Memaparkan Iklan Pada Status Bermula Tahun 2020


WhatsApp ialah platform pemesejan yang popular kerana ia digunakan oleh hampir semua orang. Antara sebab utama ialah kerana ia tidak memaparkan sebarang iklan yang mengganggu pengguna. Tetapi umum diketahui Facebook mempunyai perancangan memaparkan iklan pada aplikasi ini sama seperti yang mereka lakukan pada aplikasi lain di bawah payung mereka.
WhatsApp StatusMenurut laporan BGR, iklan akan mula dipaparkan pada WhatsApp Status pada tahun 2020. Ini disahkan di dalam acara Facebook Marketing Summit yang berlangsung di Belanda. Pengenalan iklan ini adalah setahun lebih lewat berbanding yang dilaporkan tahun lalu. Iklan sebesar seluruh skrin akan dipaparkan pada Status. Jika tatalan ke atas  dilakukan pada iklan, maklumat lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan akan dipaparkan. Format yang digunakan ini sama seperti yang dilihat pada Instagram Stories.

Post a Comment

0 Comments