
Jarang sekali untuk melihat siaran berita negara jiran seperti Thailand untuk menyiarkan berita dalam Bahasa Melayu. Menerusi Twitter Jackvladamir memuat naik satu video siaran berita Thailand yang menggunakan Bahasa Melayu Patani. Dialeknya yang unik mempunyai irama dan lenggoknya yang tersendiri.
Siapa yang tak pernah dengar dialek Melayu Patani pasti beranggapan bahawa video ini menggunakan Bahasa Melayu dialek Kelantan.
Berita Thailand dalam dialek Melayu Patani
Sebenarnya dialek Melayu Patani tak sama dengan dialek Melayu Kelantan. Dia macam ada irama dan lenggok yang tersendiri.— The Shadow of the Sun 🌏 (@Jackvladamir) May 22, 2019
& kebiasaannya bila orang luar Kelantan bercakap bahasa Kelantan, akan kedengaran seperti dialek Melayu Patani.
Kebanyakan boleh cakap bahasa Melayu Patani



Teleprompter tunjuk tulisan bahasa apa?

Sumber: Jackvladamir