Tindakan Masjid Wilayah Sediakan Parking Mengikut Rakaat Solat Tarawih Ini Dipuji Netizen!


Salah satu 'aktiviti' yang cukup sinonim tatkala tibanya bulan Ramadan sudah semestinya menunaikan solat sunat tarawih

Manakan tidak, semangat yang datang bersama bulan Ramadan ini membuatkan ramai yang berpusu-pusu mengumpul pahala pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Masjid Wilayah Persekutuan.
Masjid Wilayah Persekutuan.
Image via Harian Metro
Disebabkan itu, ramai orang, baik lelaki mahupun wanita tidak mahu ketinggalan dan ingin menunaikan solat Isyak seterusnya disambung terus dengan solat sunat tarawih di masjid-masjid berhampiran dengan kediaman mereka.

Cuma yang membezakan adalah ada jemaah yang melakukan 8 rakaat solat sunat tarawih dan ada yang melakukan sehingga 20 rakaat.
Image from MUIS
Image via MUIS
Disebabkan itu, seringkali masalah kesesakan, lebih-lebih lagi yang datang menaiki kenderaan seperti kereta. Jika kurang bernasib baik, kereta jemaah yang membuat solat tarawih 8 rakaat akan kena block dengan kereta jemaah yang buat 20 rakaat. 

Baru-baru ini viral di laman Twitter tentang pihak pengurusan Masjid Wilayah yang sudah siap-siap sediakan parking buat jemaah masjid mengikut jumlah rakaat

Tweet tersebut yang ditulis pengguna Twitter @ikarbertweet itu ternyata berjaya mencuri perhatian orang ramai sehinggakan mendapat hampir 19 ribu retweets dan 11 ribu likes!

Manakan tidak, pihak pengurusan masjid tersebut telah mengasingkan ‘team 20 rakaat’ dan ‘team 8 rakaat’ bagi kemudahan para jemaah.
Oleh itu dengan kemudahan yang disediakan pihak Masjid Wilayah ternyata menyenangkan lagi perjalanan dalam melakukan ibadah sunat itu sekali gus membuat ramai yang senang hati. Iyalah, sudah tiada isu 'double parking'  lagi lalu mengelakkan sebarang pertengkaran ataupun bunyi hon semasa sedang solat daripada berlaku.

Antara komen-komen para netizen:


Syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Masjid Wilayah dan pihak-pihak yang terlibat dalam menyediakan kemudahan ini.
Semoga pihak-pihak lain dapat mengikuti inisiatif ini!

Image from Giphy
Image via Giphy
SUMBER: SAYS

Post a comment

0 Comments