Tak Perlu Guna Oven, Ini Cara Nak Buat Choco Ball Paling Mudah & Sedap Untuk Raya!


Pejam celik, lagi 3 minggu saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pasti anda sudah membuat persiapan baju raya kan? Selain baju raya, mesti ada dalam kalangan anda yang tengah sibuk selongkar resepi kuih-muih untuk dijadikan hidangan hari raya nanti.
Orang kata, buat sendiri lagi jimat dan berbaloi, betul tak? Bagi anda yang suka kuih berunsurkan coklat, apa kata anda try resepi choco ball yang sangat mudah ini. Yang pasti ia tidak perlu menggunakan oven untuk dibakar!

Bahan-bahan

  • 1 cawan Milo
  • 1 cawan Nestum
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 botol kecil mentega kacang (170 gram).
  • Badam cincang
  • Coklat chip
  • Badam dan coklat chip terpulang nak guna banyak mana.

Cara-caranya

1. Gaul semua bahan pastu kepal bulat-bulat.
2. Kemudian, anda boleh hiaskan permukaannya mengikut kreativiti. Siap!

Boleh digaul bersama coklat rice

Boleh salutkan dengan coklat masakan

Selamat mencuba!

Post a comment

0 Comments