Tak Boleh Berjalan Lepas Letupkan Leher Dengan Kuat, Doktor Sahkan Lelaki Ini Diserang Strok



Sudah menjadi tabiat para lelaki dan wanita yang gemarkan melakukan senaman regangkan leher, senang kata untuk hilangkan stress penat bekerja seharian.
Tetapi pernah tak anda terfikir akan kesannya jika anda melakukan dengan kerap? Hal ini berlaku pada seorang lelaki dari Oklahoma, Hader yang terpaksa bergegas ke hospital setelah dia melakukan rengangan leher beberapa kali menggunakan tangan.
Hanya kali ini, dia mendengar ‘pop’ yang kuat dan merasa sesuatu yang tidak kena. Selepas itu, bergesa-gesa memeriksa sama ada dia terkena strok atau tidak.  Namun lepas daripada itu, dia perasan yang dia tidak dapat berjalan dengan lurus.
Ketika ayah mentuanya membantu membawa ke hospital, keadaannya semakin teruk kerana dia tidak dapat berjalan sama sekali. Selesai urusan pemeriksaan CT Scan, tiada pendarahan di otaknya tetapi doktor mengesahkan bahawa dia mengalami strok dan dia perlu mengambil ubat untuk mengaktifkan semula tisunya.
Hader bernasib baik kerana masih hidup dan dalam beberapa minggu dia boleh berjalan semula tetapi masih tidak dapat mengawal keseimbangan dan kesukaran mengendali pergerakan sebelah kiri tangannya.


Jika anda mahu merengangkan leher, jangan terlalu kuat dan pusingkannya. ia mungkin berisiko untuk anda mendapat strok sebelah badan.
Sumber: Odditycentral, SiakapKeli

Post a comment

0 Comments