Rindukan isteri, setiap hari suami ini ziarah dan bersihkan kubur arwah isteri



Tiada suami yang tidak sayangkan isteri malahan pula, kehilangan insan yang sering menyediakan makan, minum serta pakaian pasangannya, pasti membuatkan si suami berasa sedih dan sunyi. Namun, siapa lah kita untuk menidakkan ketentuan Illahi.
Begitulah yang dapat digambarkan tentang kisah seorang suami yang tidak jemu menziarahi kubur isterinya hampir setiap hari bagi melepaskan rasa rindu di hati.
Perkongsian itu telah dimuat naik sendiri oleh anaknya yang dikenali sebagai Atam Ayue di laman Facebook.

Sebelum tu selama 40 hari dia akan pergi 2 kali sehari..lepas subuh & lepas asar

Kadang bawak cucu teman…kadang sendirian

Menurutnya, bapanya sering membawa anak angkatnya iaitu budak-budak tahfiz untuk menemaninya membersihkan kubur arwah isteri tercinta.

Mak sukakan kebersihan, kekemasan & kecantikkan

Menerusi posting tersebut, Atam Ayue juga mendoakan agar bapanya dirahmati oleh Allah S.W.T dan sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.
Entri tersebut ternyata mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih 500 tanda suka dan 129 perkongsian oleh pelayar Facebook.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum selain mendoakan yang baik -baik buat bapanya.

Hebatnye suami macam ni….

Tapi jauh di sudut hati kita semua tahu betapa payah untuk dia lalui semua ini…

Bertuah arwah ibumu…

Tiba2 rasa sebak bila baca…

Sumber : Atam Ayue 

Post a Comment

0 Comments