Rezeki Ramadan, Tealive Tawar Harga RM2.50 Sehingga 15 Jun Ini




Dah masuk bulan Ramadan ni, macam-macam pula harga promosi yang ditawarkan yang membuatkan kita rasa ‘gila’ nak membeli.
Berita baik untuk korang yang suka minuman bubble tea, Tealive dan Touch n Go eWallettelah pun bekerjasama untuk Kempen Raya dengan memberikan pelbagai promosi dan diskaun minuman terpilih jika bayaran dibuat menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet ini.
Bermula 5 Mei hingga 15 Jun 2019, korang boleh mendapatkan minuman Tealive pada harga RM2.50 saja dengan syarat kena bayar guna Touch n Go eWallet.
Walau bagaimanapun, tawaran ini hanyalah untuk minuman yang berharga RM6.50 dan terhad kepada satu pembelian untuk satu transaction.
Apa-apa pun, korang memang boleh jimat banyak dengan menggunakan aplikasi tersebut. Lagi-lagi di bulan puasa ni, cuaca panas mesti tekak pun haus gila kan?
Jadi apa lagi, sebelum berbuka tu singgah dululah ke cawangan Tealive yang berdekatan. Hiks!
Admin

Next Post Previous Post