Penduduk Temui Mayat Seorang Lelaki Berbau Busuk, Sebak Bila Anak OKU Berada Di Sisi



Gara-gara terhidu bau yang kurang menyenangkan dari sebuah rumah sejak beberapa hari lalu dan jumlah kehadiran lalat di kawasan perumahan tersebut semakin meningkat mengundang kecurigaan.
Menurut laporan Sinar Harian, seorang kanak-kanak perempaun yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) ditemui oleh penduduk setempat dalam keadaan lemah serta tidak terurus kerana beberapa hari tidak makan di sebuah rumah di Taman Sri, Sungai Petani Kedah. Lebih mengejutkan lagi, mayat bapanya turut ditemui di dalam rumah tersebut.

Mencari punca bau busuk

Disebabkan tak tahan bau, kami cuba cari punca sebab apa, dalam masa sama datang lihat tengok rumah ini, mana tau ada apa-apa terjadi.
Saya panggil tak jawab, pintu pula kunci, kami tengok dari luar ternampak macam mayat dalam keadaan terlentang di depan rumah, terus kami telefon polis.
Bila pintu dipecah, baru tau dia dah mati. Bila lihat dalam rumah, rupa-rupanya anak dia ada dalam bilik.
Menurut jiran mangsa yang enggan dikenali, mereka mencari punca bau busuk itu datang dan melihat ianya dari rumah tersebut sebelum ternampak mayat dalam keadaan terlentang di depan rumah.

Mati sejak 6 hari yang lalu

Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, Ketua Polis Daerah Kuala Muda mengatakan bahawa lelaki yang berusia 48 tahun itu telah dipercayai mati sejak enam hari lalu berdasarkan perubahan fizikal terhadap mayat mangsa.
Dia turut berkata, isteri mangsa yang merupakan warga Vietnam sudah berpisah sejak beberapa tahun lalu sebelum kedua-dua beranak itu tinggal di rumah sewa berkenaan.
Anak OKU itu, kita selamatkan dan serahkan kepada jagaan gurunya buat sementara waktu.
Sumber: Sinar Harian

Post a comment

0 Comments