Pahang Cuti Umum Esok. Masjid, Surau Diminta Adakan Majlis Tahlil & Doa Selamat



Belasungkawa ke atas Paduka Ayahanda Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar yang mangkat hari ini. Almarhum mangkat pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Semua acara hiburan dibatalkan

Menerusi BH Online, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin berkata mulai hari ini kerajaan Pahang telah mengarahkan semua acara dan program hiburan yang dijadualkan di seluruh Pahang dibatalkan dan bendera negeri dikibarkan separuh tiang selama 40 hari.
Bagi tempoh perkabungan ini membabitkan rakyat selama 40 hari, manakala bagi Kerabat Diraja pula selama 100 hari. Istiadat pemakaman jenazah Almarhum dijangka akan disempurnakan selepas solat Zohor esok di Makam Diraja Pekan.

Diminta adakan tahlil dan doa selamat

Tambah Setiausaha Negeri Pahang lagi, semua masjid dan surau di Pahang juga diminta mengadakan majlis tahlil dan doa selamat bermula malam ini. Jenazah dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kira-kira jam 5 petang ini sebelum dibawa terus ke Istana Abu Bakar, Pekan.
Orang ramai boleh menziarahi jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kira-kira jam 9 malam ini di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan sehingga jam 9 pagi esok.
Bagi orang kenamaan pula boleh memberi penghormatan terakhir bermula jam 11 pagi esok, sehinggalah jenazah dibawa ke Makam Diraja bagi urusan pengebumian.
Sumber: BH Online

Post a Comment

0 Comments