Padam sudah cahaya ummah, terima kasih tiga beradik tokoh ulama!



Tiga tahun lepas, negara dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh ulama terkenal Datuk Dr. Ustaz Haron Din dan Ustaz Ishak Din akibat komplikasi jantung.
Hari ini rakyat Malaysia menerima berita dukacita apabila Datuk Haji Abu Hassan Din telah kembali ke ramatullah pada pagi subuh, setelah ditemui rebah tidak sedarkan diri ketika hendak menunaikan solat subuh.

Al-Fatihah…

Pemergian tokoh ulama ini pastinya memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, dan khususnya umat Islam kerana hilangnya sebuah permata berharga buat agama.
Di media sosial, jutaan ucapan takziah telah diberikan atas pemergian insan ini, termasuklah daripada Datuk Seri Haji Abdul Awang, Datuk Seri Najib Razak dan juga Tun Mahathir Mohamed. Pemergian beliau ini disifatkan sebagai kehilangan besar kepada negara.

Tiga beradik, tinggalkan negara…

Sebelum ini, abang kepada allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din iaitu Datuk Seri Dr. Haron Din dan Ustaz Ishak Din telah mendahului menemui pencipta pada tahun 2016.
Maka, kehilangan ketiga-tiga legasi pendakwah semestinya merupakan kehilangan besar buat umat Islam. Seluruh umah telah menyaksikan jasa mereka mendidik masyarakat dari muda sehingga menutup mata.
Perkara ini turut diakui oleh seorang pengguna laman sosial, yang telah mencoretkan nukilan buat ketiga tokoh ulama ini.

Damailah di sana…

Terima kasih atas ilmu ini..

Al-Fatihah…
1. Tuan Guru Haji Ishak Din
2. Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
3. Tuan Guru Dato’ Seri Abu Hassan Din al Hafiz
Sumber : Tengku Yusuff

Post a comment

0 Comments