Mizz Nina Ajak Semua Wanita Sahut Cabaran 30 Hari Berhijab Ramadan Ini

Baru-baru ini, Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Binti Azman, telah memuat naik satu entri menerusi laman Instagram meluahkan rasa kesyukuran dan bangganya mengenakan hijab. Masuk tahun ini, sudah genap 6 tahun bekas penyanyi ini memilih untuk mengenakan hijab.
Menurut Mizz Nina, keputusan yang dibuat untuk berhijab adalah diatas pilihannya sendiri sebagai seorang Muslim yang patuh dan cinta akan Allah SWT. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa semua wanita harus berasa bangga mengenakan hijab kerana ia adalah identiti seorang wanita Muslim.
Meskipun tidak lagi menyanyi, namun Mizz Nina masih aktif terutamanya dalam aktiviti kemanusiaan selain kerap kali dijemput menjadi jurucakap untuk memberi motivasi dan kesedaran kepada masyarakat serta dalam program berbentuk dakwah Islam.

Baru-baru ini Mizz Nina telah menunjukkan tanda sokongannya terhadap inisiatif yang dianjurkan akaun @worldhijabday dengan berkongsikan semula satu entri berkenaan Cabaran Hijab 30 Hari sepanjang bulan Ramadan ini
Selain daripada mengimarahkan lagi bulan Ramadan, antara tujuan cabaran ini dilakukan adalah bagi membanteras gejala Islamophobia di kalangan masyarakat dunia.
Apa yang menarik adalah cabaran ini bukan sahaja terbuka untuk wanita yang beragama Islam sahaja, bahkan penganut agama lain juga dialu-alukan untuk mengambil bahagian bagi merasai sendiri pengalaman memakai hijab.
Sesiapa yang menyahut cabaran ini juga diminta untuk memuatnaik gambar mereka beserta dengan hashtag #Hijab30 untuk berkongsi pengalaman mereka memakai hijab sepanjang bulan Ramadan.
Semoga inisiatif murni ini mendapat sokongan dan penyertaan daripada ramai wanita di seluruh dunia.
Sumber: SAYS

Post a comment

0 Comments