“Mana satu mama…” – Ramadhan menjelang, 4 beradik ini jadi yatim piatu sekelip mata



Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi menjelang bulan Ramadhan, selalu bulan mulia ini disambut bersama keluarga tercinta, pasti ibu sudah mula sibuk berfikir mengenai juadah berbuka.
Namun, puasa tahun ini menjadi satu sejarah sedih buat empat beradik yang kehilangan kedua ibu dan bapa, yang terlibat dalam kemalangan maut di Kuala Kubu Bharu.
Difahamkan, motosikal yang ditunggang pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Mohd Adly bin Ahmat dan Intan Safinaz binti Mohd Haris, telah terbabas di lorong tengah sebelum dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Saga FL.

“Mana satu mama saya….”

Pengurusan jenazah dan pengebumian berjalan lancar, namun, apa yang merentap jiwa ramai yang hadir pada majlis pengebumian itu adalah apabila salah seorang anak mangsa bertanyakan yang mana satu jenazah ibunya.
Pertanyaan anak itu telah membuatkan suasana bertambah pilu, anak-anak tidak dapat mengetahui yang mana satu jenazah ibu dan bapa mereka kerana kedua-dua wajah ditutup ekoran keadaan jenazah yang agak kritikal.

Disolatkan ratusan jemaah…

“Ratusan tetamu yang hadir mengalirkan air mata saat melihat anak-anak arwah yang masih bersekolah itu menangisi pemergian kedua orang tua mereka yang disayangi ketika jenazah diturunkan ke liang lahad satu-persatu…”

Arwah seorang yang sangat menyenangkan

Menurut perkongsian daripada pengerusi Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia di Facebook, segala urusan pengebumian ditanggung sepenuhnya oleh rakan-rakan pasangan tersebut yang bekerja di Texas Instrumental.
Lebih mengharukan, arwah Mohd Adly disifatkan sebagai seorang yang sangat baik dan menyenangkan, sehinggakan empat kali solat jenazah dibuat kerana terlalu ramai sahabat handai mahu melakukan solat jenazah buat arwah.
“Allahuakbar, amalan besar apakah yang arwah suami isteri ini lakukan sewaktu hayatnya sehinggakan solat jenazah mereka sahaja sampai 4 kali…”
Kedua-dua jenazah selamat disolatkan oleh ratusan jemaah yang hadir dan telah dikebumikan di kampung halaman arwah di Kg. Paya, Port Dickson.  Al Fatihah,
Mohd Adly bin Ahmat & Intan Safinaz binti Mohd Haris
Sumber : Muhammad Rafieudin Zainal Rasid, Oh My Media

Post a comment

0 Comments