Majalah Gila-Gila Kini Tersedia Dalam Aplikasi GG Komiks

58e6ecb8d04be988fd32ac1d86a946745cc96854e6444


Kini peminat setia majalah Gila-Gila boleh mengimbau kembali kenangan zaman kegemilangan majalah hiburan tempatan terutamanya karya kartunis yang legend melalui aplikasi GG Komiks. Aplikasi ini sudah tersedia untuk pengguna android dan iOS.
Pelancaran aplikasi ini telah dirasmikan oleh tokoh kartunis negara, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat. Aplikasi ini membenarkan pengguna memuat turun semua isu daripada isu pertama yang pernah diterbitkan pada tahun 1978.
81556705506_Lat
SUMBER: ASTRO AWANI
Menurut kenyataan Pegawai Eksekutif Gila-Gila Digital, pengenalan aplikasi ini adalah untuk membangunkan semula industri komik tempatan yang pernah mencuri hati pelbagai lapisan masyarakat suatu masa dahulu. Tambahnya lagi, pihaknya mengambil masa 8 bulan untuk membangunkan aplikasi ini dan akan memuat naik isu baharu setiap seminggu untuk bacaan peminat. Untuk memuat turun anda boleh klik disini untuk Android dan klik disini untuk Apple Store.

Post a comment

0 Comments