Noor Azam Jamaludin menunjukkan wajah suspek pembunuh Siti Kharina Mohd Kamarudin dalam sidang media. - Gambar Astro AWANI
CYBERJAYA: Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin ditemui mati dibunuh dengan kesan kelar di bahagian dada dan leher di sebuah kondominium di Cyberjaya, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.
Menurut Noor Azam, polis sedang menyiasat motif pembunuhan.
Beliau turut memberitahu, dua suspek masing-masing warga Nigeria dan Pakistan telah ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Kharina.
"Manakala suspek kedua lelaki warga Pakistan ditahan di sebuah rumah di Taman Sri Rampai Setapak pada hari yang sama," kata beliau dalam sidang media di sini pada Khamis.

Seorang lagi suspek warga Nigeria kini menjadi buruan polis bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, polis sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki warga Nigeria bagi membantu siasatan.
Polis sahkan wanita dibunuh di Cyberjaya, dipercayai jururawat yang hilang
KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita, dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Cyberjaya, pada Rabu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mayat itu.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penemuan mayat itu dan berkata sidang media mengenai perkara itu akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor petang Khamis.
Difahamkan penemuan mayat itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kehilangan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, yang dilapor hilang, sejak seminggu lepas.
Kali terakhir mangsa dilihat di kawasan parkir Hospital berkenaan kira kira jam 4 petang pada 8 Mei lalu.
Usaha keluarga dan rakan serumah mangsa cuba mengesan manga menemui jalan buntu.
Mangsa dikatakan telah bertugas di hospital berkenaan sejak lima tahun lalu dan tinggal berjauhan dari suami serta tiga anaknya di Kuala Pilah.
Difahamkan jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya di Mantin Negeri Sembilan selepas solat Asar hari ini.